Membina Laman Web

kami membina laman web
PENGIKLANAN MELALUI LAMAN WEB: MURAH DAN BERKESAN

Pertimbangan Dalam Membina Laman Web

Tujuan utama mempunyai laman web ialah untuk mendapatkan ramai pengunjung, yang diharapkan akan menjadi pelanggan.

Dalam membina laman web, ramai yang memberi tumpuan utama kepada rekabentuk, imej, grafik atau animasi yang menarik.

Tidak dinafikan bahawa pengunjung menyukai rekabentuk yang menarik, tetapi, sebelum itu, kita perlu terlebih dahulu mendapatkan pengunjung!

Maka wajarlah kita memberikan tumpuan utama kepada "mendapatkan ramai pengunjung", lebih daripada tumpuan terhadap "mendapatkan rekabentuk yang menarik".

Sumber utama untuk mendapatkan pengunjung ialah enjin carian seperti Google dan Yahoo. Dari pengalaman kami, enjin carian boleh mendatangkan sebahagian besar - kadangkala lebih dari 80% - daripada pengunjung kepada laman web kita. Ini bermakna bahawa untuk membina laman web yang baik, perhatian perlu diberikan kepada rekabentuk yang disukai oleh enjin carian.

Diantara ciri-ciri yang elok dielakkan ialah:
  • Penggunaan flash. Ia hanya melambatkan pemaparan laman web dan tidak boleh dibaca atau dilihat oleh enjin carian.
  • Penggunaan grafik atau imej yang besar, atas sebab yang sama.
  • Tidak mematuhi piawai, kerana enjin carian akan menghukum.

Diantara ciri-ciri yang boleh membantu ialah:

  • Pemilihan "search term" yang sesuai, dan search term ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam laman web.
  • Mempunyai beberapa mukasurat laman web, bukan hanya satu atau dua, kerana ini boleh membantu mendapatkan "ranking" yang tinggi oleh enjin carian.
  • Sering mengemaskini kandungan laman web, kerana enjin carian suka kepada kandungan yang baru.
  • Mengutamakan teks, bukan imej atau grafik, kerana enjin carian cuma pandai membaca dan menilai teks.

Sekiranya laman web dibina dengan mengambil kira ciri-ciri yang telah disebutkan, ia boleh merupakan pengiklanan yang paling murah dan berkesan. Lebih murah dan lebih berkesan berbanding pengiklanan melalui surat khabar, majalah, risalah, "yellow pages" dan sebagainya.



Murah dan Berkesan
Khidmat Laman Web
Harga Laman Web
Hubungi Kami



Peluang Perniagaan PKUT

Copyright © 2006 ACDRA Sdn Bhd